Total Pageviews

Monday, December 27, 2010

Syukur alhamdulillah


Syukur alhamdulillah, akhirnya result sem 5 dapat jugak malam ni. Walaupun result turun, tp cgpa masih maintain first class degree. Kejayaanku sebenarnya banyak bergantung kepada tenaga pengajar, kawan-kawan, sokongan moral keluarga, dan sudah tentu pertolongan Allah swt. Aku sangat2 bersyukur dan berterimakasih. Sabjek finance dan akaun, yang tidak pernah terlintas di otak ku untuk lulus, dapat jugak lulus walaupun setakat B+ saja. Tapi, bagi aku yang sudah berkarat otak ni, B+ bagi sabjek finance dan akaun tu cukup memadai...malah lebih dari cukup sbb bukan mudah untuk aku menghafal formula yang berhelai2 mukasurat dan berjela2 panjang...! Apapun, aku rasa sem ni walaupun result turun, tapi kegembiraan ku tetap ada sbb dapat melepasi cabaran sabjek minor tu.....semoga sem depan aku dapat 4flat!!!

Gambar sepanjang data collection





Cuti sem ni aku habiskan dengan menyiapkan data sampling. Tiap hari masuk hutan memang memenatkan. Tapak kaki ni memang sakit, tp seronok sebab banyak pengalaman yang diperolehi. Ambil data sambil menikmati natur - Walau penat, tapi lapang fikiran. Itulah anugerah Allah yang sering dilupakan. Banyak tumbuhan hutan yang menarik dan unik. Juga pertama kali dapat melihat burung hantu, dan burung singa...Tapi yang paling menggembirakan ialah result anak2ku. Adik dapat 8A PMR. Memang tak expect adik akan dapat keputusan cemerlang dalam PMR. Lucu pula bila adik sendiri cakap dia langsung tdk expect dia akan dapat 8A. Unpredictable, katanya..haha....Alim pula dapat 4flat dalam exam semester pertama, dan sekarang sedang sibuk mengisi borang UPU. Alim pilih kursus Psikology. Sukahati dialah....malas aku mau suruh pilih2..mudah2an nanti bila keluar akan mudah dapat kerja....Baby pula baru habis berkhatan. Kesian baby, masa keluar dari surgery room, hampir pengsan pula. Baby memang penakut sikit. Tapi sekarang sudah boleh main bola dengan kawan2!...Tahun depan ni Baby tingkatan satu. Wahh...sudah besar2 anak aku semua...tk sabar aku mau habis belajar ni supaya boleh kemas rumah, masak untuk anak2 dan makan angin time cuti sekolah.....

Tuesday, November 23, 2010

24.11.2010

Akhirnya, semester 5 berlalu jugak. Lega rasanya, dengan "kesengsaraan" projek 1, dan kepayahan sabjek finance serta akaun, akhirnya dapat jugak aku lalui sem 5. Tapi result sem ni sudah pasti menjunam! ni semua gara2 akaun dan finance. Sebenarnya salah aku sendiri, kalau aku study dari awal tentu tidak berapa susah untuk aku jawab soalan exam tu. Tapi banyak masa dihabiskan dengan menyiapkan projek 1. Kena lagi supervisor yang mau buat macam2..menambahkan stress aku!...finance pula memang susah..kadang soalan pun susah mau paham. Biasalah, bahasa ekonmi...sukar untuk difahami walaupun kekadang tu hanya menerangkan perkara rutin harian tetapi apabila menggunakan bahasa akademik, memang sukar untuk difahami. Banyak event menarik semester ni sebenarnya...antaranya lawatan ke Danum Valley dan deramakot. Banyak ilmu baru yang dipelajari. Dan yang paling best, dapat lihat haiwan liar - pelanduk, porcupine..malang sekali gajah tidak pula dapat tengok!
Hari ni, sehari selepas exam paper terakhir, aku demam la pulak. Selesma. Tapi harap2 dapat sembuh segera supaya aku boleh memulakan kerja pengambilan data. Tidak sabar rasanya mau pulang rumah, jumpa anak2..masak untuk anak2. Rindukan dapurku yang cantik dan lengkap dengan peralatan memasak. Dan yang paling best, kuali korean non stick hadiah kawanku nelly, - tak sabar untuk memasak!

Tuesday, July 20, 2010

21.07.2010

Semester 5 agak sibuk. Minggu pertama sudah ada beberapa assignment yang perlu dihantar minggu berikutnya. Dalam masa yang sama, laporan forest camp juga perlu dihantar. Thesis proposal pun belum mula buat.
Penat dari forest camp masih belum hilang, lepas tu sibuk urus pindah rumah sewa. Sem ni aku tk dapat hostel jadi terpaksalah cari tempat tinggal yg dekat dgn kampus. Sem ni sabjek agak mencabar. Tapi aku harap aku akan dapat score. Yakin boleh ja la...

Friday, May 7, 2010

08.05.2010

Akhirnya, semester ini berakhir jugak. Paper terakhir kemarin - asas pemasaran - boleh tahan jugak soalannya. Sekarang aku sibuk mengemas barang untuk checkout. Hari ni aku akan ke Labuan bersama suami untuk hantar anakku ke Kolej Matrikulasi. Aku bersyukur sangat sebab anak sulungku berjaya diterima masuk ke kolej tersebut. Tinggal dua orang lagi anakku yang masih bersekolah. Baby dan adik. Kedua-duanya akan mengambil peperiksaan besar tahun ni, UPSR dan PMR. Jauh di sudut hati aku merasa bersalah sebab di saat mereka menghadapi peperiksaan, aku tidak ada di sisi. Aku hanya berdoa semoga anak2ku akan cemerlang dalam pelajaran.... walaupun mula bercuti, aku mula sibuk dengan thesis. Supervisor pula seorang botanist, mestilah terlalu particular. Sebenarnya aku bingung jugak sebab terlalu banyak yang perlu dibuat sedangkan pada masa yang sama aku masih blurr lagi dengan method. Aku kena tentukan plot persampelan dan statistik yang akan aku gunakan....semester depan pula, sabjek yang aku ambil masih lagi 8 dengan jam kredit 21. Sabjek minor yang aku risaukan, takut tak terangkat....accounting dan finacinal management..dan pada masa ini jugak aku terlalu banyak nak urus...pening...

Sunday, April 25, 2010

Rindunya sama anak-anak....


(adik dan baby)
Sudah 3 minggu aku tak pulang rumah..kesiannya anak-anak. Awal bulan April hari tu anak-anak dan suami datang bercuti ke sini. Aku pula tak dapat balik hujung minggu sebab ada filed trip ke Pulau Tiga pada 8-11hb April. 17hb April pula ada ujian fizikal. Husband datang kursus selama seminggu, aku tumpang la sekaki tinggal di hotel. Hujung minggu ni pun tk dapat pulang sebab ada exam kokum. Sehari lepas exam esok,ada briefing tentang thesis. Malamnya baru la aku dapat pulang...rindunya aku sama anak-anak aku. Alim, baby dan adik. Alim masih d PLKN, selangor. Alhamdulillah, dia diterima ke matrikulasi di Labuan. Aku lega bila aku kol, suaranya menunjukkan dia gembira di sana. Aku selalu berdoa agar dia sentiasa dilindungi. Sejak Alim pegi PLKN, baby selalu ikut bapanya pg kerja...Baby memang tak berani tinggal seorang di rumah. Orang gaji ku pula asyik pulang awal aja tiap hari. Geram jugak tapi kalau diberhentikan siapa yang nak kemaskan rumah aku. Adik ni perangai lain sikit. Suka merajuk. Tapi aku tau adik ni sensitif sangat...dari baby lagi pun memang dia begitu......

26.04.2010

Ada 3 paper lagi untuk final exam ni. GIS&Remote Sensing, Bahasa Arab dan Asas Pemasaran. Antara semua ni, GIS& Remote Sensing la yg paling sukar utk difahami. Bahasa teknikal dan byk formula, semuanya buat otak berasap...Semester ni memang serba tak betul aku. Aku kena score final exam paper GIS ni sbb satu amali aku tak hadir, jadi markah awal2 dah kena tolak 10%. Lab report yg lain tu belum tentu lagi dapat full mark. Projek assignment pun belum tentu dapat A. Apa la mau jadi sama aku sem ni..semua kerja last minit... setakat ni 5 sabjek yg berlalu, aku tak puas hati, lebih2 lagi sabjek bioD. Sabjek ni sepatutnya aku boleh score sebab aku minat dengan bioD. Tapi kenapa la masa final exam hari tu aku tersalah ambik data, formula sudah betul semua tapi data yg salah, hilang la 20 markah! Timber trade boleh la jugak tapi memang mengarut punya jawapan. Market segmentation utk kerusi kayu keras dengan berat 100 & 190kg!..3 soalan tu boleh la jawap tapi yg akhir ni susah mau diramal. Pelancongan dan Forest engineering, rasanya boleh score...tapi tawakal aja la. Ujian kokum, rasanya boleh la tapi kurang penyertaan dalam aktiviti pula, tentu en. Zaimi akan tolak markah. Bukan sengaja tidak datang tapi ada-ada aja field trip..field trip pula ada markah, tdk datang kena potong markah..bukan boleh bagi dua badan aku ni. Besok exam lagi..lepas tu aku akan pulang sekejap, nanti baru datang balik untuk 2 paper lagi. Semester ni aku harap pointer aku tak la jatuh teruk sangat...kalau masih lagi dalam first class, memang bersyukur sangat la aku...tapi entah la...mid term exam memang la score tapi itu cover 25-30% aja. Selebihnya final, assignment dan lab... harap2 paling teruk pun aku dapat B+ atau A-. Itu la harapan aku.....

Friday, April 16, 2010

Ujian fizikal

Hari ni aku terpaksa mengikuti ujian fizikal yang diwajibkan ke atas semua pelajar yang akan mengikuti kem hutan. Antara ujian yang perlu dilepasi ialah berlari sebanyak 6 pusingan padang, sit up dan push up dalam tempoh 2 minit. Aku memang risaukan ujian ni sebab aku tau aku tak fit...biasalah umur dan mencapai 40, mana kuat lagi...dan alhamdulillah, aku bukanlah yang tercorot semasa ujian tersebut. Dan aku mampu mencatat masa 16.25 minit untuk menghabiskan 6 pusingan padang di bawah panas terik.. walau pun sebenarya aku bukan berlari sepenuhnya. Strategiku adalah menghabiskan satu pusingan padang pada round yg pertama, selepas itu, aku akan berlari 100 m dan berjalan laju 100 m hinggalah 6 pusingan terpenuhi. Dengan cara tu, aku dapat bertahan lebih lama berbanding dengan berlari sepanjang masa. Nampaknya strategiku berkesan kerana masa yg aku catatkan masih dalam range yang ditetapkan...selepas itu ujian push up dan sit up. Benda ni memang aku tak suka buat, tapi dengan teknik yang tertentu aku mampu melepasinya...aku sangat2 bersyukur....sangkaku, aku akan pengsan di tengah padang sebab panas terik sangat......
apapun, terimakasih kepada kawan-kawan kerana memberi sokongan moral....

Sunday, April 11, 2010

final exam...

satu minggu lagi final exam...nota aku tak cukup, banyak yang tak lengkap...dan banyak lecture yg aku tak faham...sem ni aku teruk sangat, hilang konsentrasi...mujur jugak midterm ok. Minggu depan pulak berderet exam 4 hari, kemudian hujung minggu pun ada exam... lepas tu lega la sikit sebab 27hb nanti barulah sabjek paling tak faham, GIS dan remote sensing. Sem ni sabjek yg aku paling minat hanya bio-D dan timber trade. ^ sabjek lagi tu terpaksa terima aje la....tensionnya...

Saturday, April 10, 2010

Gambar2 di Pulau Tiga





8/4 - jam 6.30 pagi menunggu bas di SPTA. tapi hampir jam 9 baru la bertolak. Singgah makan di Membakut, restoran pelangi. Lepas tu hampir jam 12.45 bertolak ke jeti Kuala Penyu. Menaiki bot hampir sejam lebih ke Pulau Tiga. Memang cantik pulau Tiga, pulau yang terbentuk pada tahun 1897 akibat letusan gunung berapi di Mindanao (entah betul ke tidak)...siap mendirikan khemah, kumpulan kami hanya makan bubur malam tu...rupanya, beras yang dibawa tak sampai pun 5 kg untuk 4 hari 3 malam!! Entah macamana nak menampung perut 9 orang, yang kuat makan semuanya!...
9/4 - kami berjalan kaki sejauh lebihkurang 1.2km mennuju ke mud volcano yang terletak di tengah pulau. Sepanjang perjalanan, mencatit pokok dominan di sana - Ranggu, dan mengambil bacaan diameter pokok - untuk menentusahkan teori yang diusulkan oleh Nuar - diameter pokok boleh menentukan bila kawasan terbentuk...kemudian berjalan lagi sejauh 1.3km menuju ke pantai Pagong-Pagong. Sampai di pantai, kami berehat setengah jam. Pantai tu memang cantik, airnya sangat jernih, boleh nampak pasir di bawah air.....lepas tu kami pun mula buat amali bio-D, bertujuan untuk buat profil tumbuhan tepi pantai...kebanyakan spesies tumbuhan yang mendominasi tepi pantai ialah pandanacea, bintangor laut dan terminalia catapa....selesai amali, kami pulang ke base camp. student yang lain singgah untuk mandi lumpur..tapi aku terus balik ke base camp, sebab nak mandi laut...seronoknya mandi laut, dah lama sebenarnya aku tak mandi laut...walaupun tak pandai berenang, tapi aku puas hati, boleh merasa tenggelam timbul dalam laut! hampir 3 jam jugak aku mandi! sebelah malam pula presentation issue bioD. Kumpulanku memilih tajuk Kesan "Pemanasan global kepada wanita" - aku, grace dan shanzes yang present. lega dapat jawab semua soalan.
10/4 - aku terpaksa balik ke kampus kerana perlu mengikuti karnival kokum. Jam 11 pagi aku, nel dan tomoi bertolak dari pulau tiga mengikuti bot taman2 sabah bersama tiga lagi penumpang menuju ke jeti kuala penyu. Dari kuala penyu kami naik bas mini hampir setengah jam menuju ke pekan Beaufort. Dari pekan beaufort, kami menaiki teksi pula untuk balik ke kampus. Sepanjang perjalanan dua jam lebih tu aku tidur, penat sangat...

Wednesday, April 7, 2010

I m so lost...

Semester ni terlalu mencabar bagiku. Ia bermula dengan baik, aku mengikuti kelas seperti biasa...then suddenly something came up...it all change everything...one after another.....assignment berlambak, case study banyak, tapi buat last minute...hasilnya, bagus lagi kerja budak sekolah!.....amali tercicir...beberapa kuliah aku tak hadir... pada masa yang sama, kena tengok lagi persekolahan anak-anak, dan kena buat perancangan untuk masa depan anak, U mana anak nak masuk, course apa yang sesuai dan market available...............dan pada masa yang sama aku jugak kena fikirkan tentang projek tahun akhir aku.....final exam pula ada dua minggu lagi. Dua minggu rasanya tak cukup untuk aku mempersiapkan diri dengan 8 sabjek yang dipelajari selama 3 bulan ni...nota bertabur...i m so lost......

Tuesday, April 6, 2010

Thesis oo thesis...

Pening kepala aku memikirkan tajuk thesis yang sesuai aku buat. Banyak tajuk, banyak skop boleh dibuat tapi aku pulak tak minat...aku nak something yang boleh 'enhance my knowledge and skill' in forestry...tp kena pulak pegi field. Aku suka buat kajian lapangan, tapi masalah masuk hutan nanti sapa nak temankan aku...tak kan aku sorang2 masuk ke dalam hutan, memang tak keluar la aku...dah la penakut...aku nak buat thesis tentang biodiversity dn forest management...mungkin the edge effect on forest stand..tapi aku kena mengecam spesies pulak, part ni memang aku lemah...aduhaiii...

Monday, April 5, 2010

06.04.2010




gambar2 semasa program BNBTM - awana genting highland dan impiana KLCC

Sunday, April 4, 2010

Sabar itu separuh dari iman

Kata orang, sabar itu separuh dari iman...tapi kadangkala kesabaran itu terlalu menguji ketabahan hati...........tapi apa lagi yang dapat aku lakukan selain dari bersabar?....( bersabar menunggu kucing bertanduk!!)

Thursday, April 1, 2010

Pencarian Future Leader




26hb - 30hb Mac, 2010. Seramai 54 pelajar terbaik dari IPTA/IPTS seluruh Malaysia dikumpulkan dalam program yang dianjurkan oleh JASA. Pelajar2 ini dipilih melalui saringan interview yang diadakan pada awal bulan Mac selama 4 hari. Dan, aku salah seorang yang terpilih walaupun aku rasa aku belum layak digolongkan di dalam 54 pelajar terbaik tersebut. Mungkin rezeki, dan mungkin ada hikmah di sebaliknya. Program bermula seawal jam 6 pagi dan berakhir lewat malam. Adakalanya program berlarutan hingga jam 1.30 pagi. Ini pertama kali aku tidur lewat!... sepanjang program, pelajar dinilai dari berbagai aspek oleh penilai yang tidak diketahui oleh pelajar. Kebanyakan sessi adalah sessi ceramah, dan selepas itu Q&A session dibuka. Aku hanya pemerhati, bukan malas untuk mengambil bahagian dalam sesi soal jawab, tapi aku teruja melihat student lain berapi-api melontarkan pertanyaan. Di dalam diam, aku memerhati personaliti mereka seorang demi seorang.

Farhan- sememangnya layak untuk dinobatkan sebagai seorang pelajar terbaik di kalangan yang terbaik...sikap peramah, yakin diri, petah berhujah dan kepintaran menguasai soalan yang diajukan sememangnnya melayakkan dia menggondol hadiah RM80000. Tahniah Farhan, bukan sahaja bijak tetapi tahu membawa diri dan menghormati orang lain.

Jared - pelajar UTP, seorang yang peramah, pandai bergaul dan bijak menyesuaikan diri dengan suasana. Dia juga antara pelajar pilihan.

Hazman, penghulu, seorang yang baik, menghormati orang lain dan mempunyai ciri kepimpinan yang menyerlah. Siva, siapa pun tidak menyangka pelajar UniKL ini seorang yang lucu dan pandai bergurau, tidak kira siapa teman di sekelilingnya. Pecah perut dengan gelagat dia ni.

Fahmi, pelajar UM. Seorang yang amat berhati-hati dalam melontarkan idea, merendah diri, ada gaya seorang ustaz..hehehe....

Umairah, pelajar USIM, kecik molek tapi bila berhujah, sangat meyakinkan!..

Sarah - sifat remajanya masih menyerlah tapi jika diasah, pelajar ini mempunyai potensi untuk menjadi yang terbaik.

Atikah - tidak banyak bercakap tapi bila melontarkan idea memang mengagumkan.

haris - pelajar Law, dari UKM - banyak bercakap...

Yusuf Hashim - pendiam, sukar untuk melihat dia ketawa, memiliki keterampilan yang lain dari pelajar yang lain, wajah sentiasa serius seolah-oleh menyimpan sesuatu di dalam dirinya ...

Walaupun penat dan kurang tidur, namun pengalaman yang aku lalui sepanjang program ini sangat berharga.....terimakasih semua!

Wednesday, March 31, 2010

01.04.2010




Terasa cepat masa berlalu. Hari ni satu assignment lagi nak hantar, assg bahasa arab. Semalam aku termimpi anak sulungku yang sedang mengikuti PLKN di Kem Jugra, Banting Selangor. Memandangkan tiba2 aja aku termimpikan Alim, sebaik terjaga aku menangis...aku risaukan alim. Masa dia nak pegi PLKN tu, dia memang tak sihat...dan Alim memang tak mahu pergi PLKN. Aku berdoa agar anakku sentiasa dilindungi Allah swt. Amin.
Teringat masa mengikuti program bicara negarawan bersama Tun Mahathir. Jumpa adik2 peserta yang lain, memang hebat2 diaorang semua. Aku rasa macam tak layak aja aku berada di sana, tapi mungkin rezeki menyebelahi aku dan ada hikmah yang tersembunyi untuk aku fikirkan kenapa aku terpilih. Mungkin aku ada sedikit kelebihan yang aku tak nampak, dan hanya orang lain saja yang nampak....hehehe..... Tapi apa pun, aku berterimakasih banyak2 kepada pihak JASA sebab memberi peluang ini kepadaku. Juga teman-teman adik2 yang baik hati...aku tak ingat pulak nama dia orang semua.

Thursday, March 25, 2010

26.03.2010

Masa ni aku berada di Genting Highlands, sebagai salah seorang wakil universiti untuk mengikuti program bersama Yabhg Tun Mahathir. Untuk melalui program ni aku terpaksa melalui dua sesi interview. Entah kenapa aku terpilih,...oleh kerana telah dipertanggungjawabkan maka aku terpaksa ikut saja......
Sebenarnya jauh di sudut hati, aku lebih suka berada di rumah saat ini. Aku rindukan anak-anakku...sekarang ni lagi banyak sangat assignment yang perlu aku siapkan, dan aku telah terlepas dua amali dan beberapa kelas....risau dan kelam kabut aku sekarang ni. Di sini, aku ditempatkan di Awana resort. Roomateku seorang pelajar dari Unimas yang mengambil kursus Sains Sosial. Ada beberapa orang peserta lagi yang aku baru kenali. Tapi aku rindu classmates ku yang nakal-nakal dan 'kanak-kanak periang'....... tak sabar aku balik ke kampus......tak termasuk hari ini, ada 3 hari lagi aku terpaksa bersabar.....
Dalam keadaan macam ni, aku teringat kata-kata motivasi kawanku Nelly. Dia ni sebenarnya seorang kawan yang baik. Ketika aku berhadapan dengan masalah, dia sudi menjadi pendengar setia.....dan kata-katanya selalu memberi kekuatan semangat kepadaku...dalam hati aku bersyukur sebab ada kawan yang sebegini...aku berdoa, semoga Tuhan akan memberikan dia kehidupan yang lebih baik....amin.

Tuesday, March 23, 2010

24.03.2010

Aku tak sihat hari ni...jam 3.30 pagi aku terjaga, terasa sakit yang amat sangat....tapi aku terpaksa juga bangun untuk siapkan assignment yang perlu dihantar 31hb ni..................(to be continued)

Monday, March 22, 2010

23.10.2010


Di rumah, sedang siapkan timber trade case study...... pagi tadi baby pegi sekolah bersiap sendiri. Nampaknya anak bongsu aku ni dah pandai menyiapkan diri sendiri untuk ke sekolah. Baguslah, sudah pandai berdikari. Aku kasihan pada baby...sejak aku sambung belajar ni, baby terpaksa berdikari. Baby sudah pandai mendaftarkan diri sendiri untuk tuition, mengaji quran pun dia sendiri yang pegi daftar, ikut kawan. Tiap petang lepas tuition, baby akan main dengan kawan-kawannya...aku hanya dapat berdoa dari jauh agar anak2ku dilindungi oleh Allah swt.

Field trip ke Kundasang, Ranau



22.10.2010


Masa ni aku di airport KK, mau pulang sandakan. Bulan Mac ni bagi aku adalah bulan yang paling ad hoc...banyak perkara berlaku tanpa dirancang...dan tiap minggu aku mesti ada aktiviti, travel dan field trip...penat..penat...assignment pun berlambak mau disiapkan. Aku balik ni pun tidak dirancang pada awalnya, aku kelam kabut balik sebab mau jumpa anak aku sebelum dia pegi PLKN di Selangor...kemungkinan selama dia di sana aku hanya akan berpeluang jumpa sekali dua aja...sebab aku pun sibuk kelas hingga awal bulan Mei..dan pertengahan bulan Jun pula terpaksa pegi Kem Hutan selama dua minggu...lepas tu kelas pun mula, belum sempat hilang penat. Anakku pula habis PLKN tentu akan sambung belajar ke mana-mana kolej atau universiti yang sudi menerimanya...aku berdoa semoga anakku nanti dilindungi dari sebarang kesulitan ketika mengikuti PLKN....(Gambar ni diambil semasa field trip ke Rose Garden)

Saturday, March 20, 2010

20.03.2010

awal pagi kami bertolak ke Poring, kolam air panas yang terkenal di Sabah. Entrance fee sebanyak RM3 dikenakan bagi pelawat tempatan. Kemudian kumpulan kami bergerak ke jambatan kanopi. Bayaran masuk RM3 dan sesiapa yang mahu bergambar semasa di sana kena bayar RM5. Ini kali kedua aku menaiki kanopi walkway. Dulu ialah semasa praktikal ketika belajar di UPM. Aku memang gayat tinggi......tapi dapat jugak aku mengatasi perasaan gayat ...seronoknya. Lepas canopy walkway, aku pergi ke taman rama-rama...banyak spesies rama-rama yang terdapat di taman tu. Aku sempat ambil beberapa gambar...kemudian bergerak pula ke Kg. Luanti, untuk menikmati massage semulajadi dari ikan pelian...tapi kempunan merasa digigit ikan sebab ikan tu hanya mahu makan roti......bila tabur roti, memang berebut ikan pg makan..... hilang tension seketika............... hampir petang, kami pegi pekan Ranau untuk makan tengahari. Restoran anjung selera, boleh tahan jugak....makanan sedap la jugak...setakat ni hanya kedai makan tu aja yang sedap makanannya di Ranau ni..
hampir jam 6 petang, tiba di rest house, penat tapi perlu menyiapkan assignment yg bertimbun...

Friday, March 19, 2010

Tahniah anakku...

Keputusan SPM baru saja keluar. Anak sulungku dapat 8A2B....walaupun tidak mencapai expectation, aku bersyukur sekurang2nya ketiadaan aku di rumah tidak menjejaskan prestasi akademiknya. Aku sebenarnya tidak mahu membebankan anak2 dengan harapan yang tinggi, bagiku asalkan anak-anakku mampu berdikari suatu masa nanti, itu sudah mencukupi. Sebagai ibu sudah pasti aku mengharapkan yang terbaik untuk anakku tapi andai setakat itu kemampuan mereka, aku tetap menghargai dan berbangga dengan pencapaian mereka...

semester paling sibuk..

sudah setahun aku tidak menulis dalam blog ni...password pun lupa sudah...semester ni merupakan semester paling sibuk yang pernah aku lalui. Kelas dari Isnin hingga Sabtu. Hanya ahad free... banyak field trip pula, bermula dengan camping di Hutan sugud, 2 hari 3 malam, memang memenatkan...lepas tu mengikuti program anjuran Jasa, Kementerian Penerangan Malaysia di KL pada 6hb, lepas tu field trip lagi hari ni ke Air Panas Poring selama 3 hari 2 malam. Assignment pulak bertimbun, masalah lagi bertimpa-timpa...kesibukan, kesempitan masa, masalah peribadi, memang menguji kesabaran dan kestabilan mental...assignment, case study, field trip report, semua perlu disiapkan dan dihantar pada 31hb mac ni. Di tengah-tengah kesibukan tu, kuiz dan mid term lagi mencelah...mana nak belajar, mana nak siapkan assignment, mana nak ke field trip lagi.....pada masa yang sama, anak2 di rumah perlu dijenguk, pelajaran dan pergaulan anak2 perlu dipantau, tanggungjawab rumahtangga lagi....semuanya menuntut aku untuk menjadi SUPERMOM....penaatttt