Total Pageviews

Saturday, March 20, 2010

20.03.2010

awal pagi kami bertolak ke Poring, kolam air panas yang terkenal di Sabah. Entrance fee sebanyak RM3 dikenakan bagi pelawat tempatan. Kemudian kumpulan kami bergerak ke jambatan kanopi. Bayaran masuk RM3 dan sesiapa yang mahu bergambar semasa di sana kena bayar RM5. Ini kali kedua aku menaiki kanopi walkway. Dulu ialah semasa praktikal ketika belajar di UPM. Aku memang gayat tinggi......tapi dapat jugak aku mengatasi perasaan gayat ...seronoknya. Lepas canopy walkway, aku pergi ke taman rama-rama...banyak spesies rama-rama yang terdapat di taman tu. Aku sempat ambil beberapa gambar...kemudian bergerak pula ke Kg. Luanti, untuk menikmati massage semulajadi dari ikan pelian...tapi kempunan merasa digigit ikan sebab ikan tu hanya mahu makan roti......bila tabur roti, memang berebut ikan pg makan..... hilang tension seketika............... hampir petang, kami pegi pekan Ranau untuk makan tengahari. Restoran anjung selera, boleh tahan jugak....makanan sedap la jugak...setakat ni hanya kedai makan tu aja yang sedap makanannya di Ranau ni..
hampir jam 6 petang, tiba di rest house, penat tapi perlu menyiapkan assignment yg bertimbun...

No comments: