
Masa ni aku di airport KK, mau pulang sandakan. Bulan Mac ni bagi aku adalah bulan yang paling ad hoc...banyak perkara berlaku tanpa dirancang...dan tiap minggu aku mesti ada aktiviti, travel dan field trip...penat..penat...assignment pun berlambak mau disiapkan. Aku balik ni pun tidak dirancang pada awalnya, aku kelam kabut balik sebab mau jumpa anak aku sebelum dia pegi PLKN di Selangor...kemungkinan selama dia di sana aku hanya akan berpeluang jumpa sekali dua aja...sebab aku pun sibuk kelas hingga awal bulan Mei..dan pertengahan bulan Jun pula terpaksa pegi Kem Hutan selama dua minggu...lepas tu kelas pun mula, belum sempat hilang penat. Anakku pula habis PLKN tentu akan sambung belajar ke mana-mana kolej atau universiti yang sudi menerimanya...aku berdoa semoga anakku nanti dilindungi dari sebarang kesulitan ketika mengikuti PLKN....(Gambar ni diambil semasa field trip ke Rose Garden)
No comments:
Post a Comment