Total Pageviews
Tuesday, March 31, 2009
Baby sakit lagi
Tuesday, March 10, 2009
Synusiae

Wednesday, March 4, 2009
Field trip ke Kinabalu Park

Kebanyakan pokok pada altitude yang lebih tinggi adalah lebih kecil, berdaun kecil dan agak tebal. Pertumbuhan pokok-pokok macam dwarf (kerdil). Pokok yang besar pula kebanyakannya mempunyai stilt root dan spreading butresses. Ini adalah untuk sokongan kepada pokok yang tumbuh di lereng bukit. Dahan pula kelihatan membengkok disebabkan tiupan angin yang kuat pada ketinggian ini.
Terdapat banyak epifit, brophyte serta lianas, satu pemandangan yang tipikal bagi hutan tropika. Epifit tumbuh menumpang di atas-atas pokok kerana keperluannya untuk mendapatkan cahaya. Lianas pula tumbuhan berkayu yang bergantung secara mekanikal dengan pepokok untuk pertumbuhannya. Moses, lichen serta pterodyphytes terdapat dengan banyak pada lantai hutan yang menerima kurang cahaya matahari kerana tumbuhan ini tidak memerlukan cahaya suria yang banyak. Herbs dan shrubs banyak terdapat pada understorey canopy. Sekali sekala kelihatan saprophytes pada batang pokok yang telah tumbang. Saprophytes - hidup bahagia di atas kehancuran, itu definisi yang sesuai untuk diberikan oleh Dr patologi hutan kepada organisma ini. Pada kawasan yang agak terbuka, kelihatan spesies macaranga (Uphorbiaceae) tumbuh meliar.
Lawatan petang itu berakhir di pondok Kandis. Sambil duduk berehat, aku dan Nel cuba merakam gambar2 di sekeliling yang mungkin boleh diselitkan dalam presentatioan nanti. Setelah berehat seketika, kami mula mengatur langkah turun ke pondok pendakian....rupanya turun lebih sukar mendaki! Lenguh dan rasa nak tercabut kaki aku! Rasa macam tak boleh jalan lagi.....hingga hari ni pun kaki aku masih sakit lagi. Lain kali kena jogging dulu banyak kali, baru la pegi mendaki!
p/s : terimakasih kepada along dan ajk makanan yang bersusah payah bantu akak dalam field trip ni ya....kesian ajk makanan ade yg tk dapat makan....
Pada setiap keluhan pasti ada yang dapat disyukuri..

