Total Pageviews

Sunday, April 25, 2010

Rindunya sama anak-anak....


(adik dan baby)
Sudah 3 minggu aku tak pulang rumah..kesiannya anak-anak. Awal bulan April hari tu anak-anak dan suami datang bercuti ke sini. Aku pula tak dapat balik hujung minggu sebab ada filed trip ke Pulau Tiga pada 8-11hb April. 17hb April pula ada ujian fizikal. Husband datang kursus selama seminggu, aku tumpang la sekaki tinggal di hotel. Hujung minggu ni pun tk dapat pulang sebab ada exam kokum. Sehari lepas exam esok,ada briefing tentang thesis. Malamnya baru la aku dapat pulang...rindunya aku sama anak-anak aku. Alim, baby dan adik. Alim masih d PLKN, selangor. Alhamdulillah, dia diterima ke matrikulasi di Labuan. Aku lega bila aku kol, suaranya menunjukkan dia gembira di sana. Aku selalu berdoa agar dia sentiasa dilindungi. Sejak Alim pegi PLKN, baby selalu ikut bapanya pg kerja...Baby memang tak berani tinggal seorang di rumah. Orang gaji ku pula asyik pulang awal aja tiap hari. Geram jugak tapi kalau diberhentikan siapa yang nak kemaskan rumah aku. Adik ni perangai lain sikit. Suka merajuk. Tapi aku tau adik ni sensitif sangat...dari baby lagi pun memang dia begitu......

26.04.2010

Ada 3 paper lagi untuk final exam ni. GIS&Remote Sensing, Bahasa Arab dan Asas Pemasaran. Antara semua ni, GIS& Remote Sensing la yg paling sukar utk difahami. Bahasa teknikal dan byk formula, semuanya buat otak berasap...Semester ni memang serba tak betul aku. Aku kena score final exam paper GIS ni sbb satu amali aku tak hadir, jadi markah awal2 dah kena tolak 10%. Lab report yg lain tu belum tentu lagi dapat full mark. Projek assignment pun belum tentu dapat A. Apa la mau jadi sama aku sem ni..semua kerja last minit... setakat ni 5 sabjek yg berlalu, aku tak puas hati, lebih2 lagi sabjek bioD. Sabjek ni sepatutnya aku boleh score sebab aku minat dengan bioD. Tapi kenapa la masa final exam hari tu aku tersalah ambik data, formula sudah betul semua tapi data yg salah, hilang la 20 markah! Timber trade boleh la jugak tapi memang mengarut punya jawapan. Market segmentation utk kerusi kayu keras dengan berat 100 & 190kg!..3 soalan tu boleh la jawap tapi yg akhir ni susah mau diramal. Pelancongan dan Forest engineering, rasanya boleh score...tapi tawakal aja la. Ujian kokum, rasanya boleh la tapi kurang penyertaan dalam aktiviti pula, tentu en. Zaimi akan tolak markah. Bukan sengaja tidak datang tapi ada-ada aja field trip..field trip pula ada markah, tdk datang kena potong markah..bukan boleh bagi dua badan aku ni. Besok exam lagi..lepas tu aku akan pulang sekejap, nanti baru datang balik untuk 2 paper lagi. Semester ni aku harap pointer aku tak la jatuh teruk sangat...kalau masih lagi dalam first class, memang bersyukur sangat la aku...tapi entah la...mid term exam memang la score tapi itu cover 25-30% aja. Selebihnya final, assignment dan lab... harap2 paling teruk pun aku dapat B+ atau A-. Itu la harapan aku.....

Friday, April 16, 2010

Ujian fizikal

Hari ni aku terpaksa mengikuti ujian fizikal yang diwajibkan ke atas semua pelajar yang akan mengikuti kem hutan. Antara ujian yang perlu dilepasi ialah berlari sebanyak 6 pusingan padang, sit up dan push up dalam tempoh 2 minit. Aku memang risaukan ujian ni sebab aku tau aku tak fit...biasalah umur dan mencapai 40, mana kuat lagi...dan alhamdulillah, aku bukanlah yang tercorot semasa ujian tersebut. Dan aku mampu mencatat masa 16.25 minit untuk menghabiskan 6 pusingan padang di bawah panas terik.. walau pun sebenarya aku bukan berlari sepenuhnya. Strategiku adalah menghabiskan satu pusingan padang pada round yg pertama, selepas itu, aku akan berlari 100 m dan berjalan laju 100 m hinggalah 6 pusingan terpenuhi. Dengan cara tu, aku dapat bertahan lebih lama berbanding dengan berlari sepanjang masa. Nampaknya strategiku berkesan kerana masa yg aku catatkan masih dalam range yang ditetapkan...selepas itu ujian push up dan sit up. Benda ni memang aku tak suka buat, tapi dengan teknik yang tertentu aku mampu melepasinya...aku sangat2 bersyukur....sangkaku, aku akan pengsan di tengah padang sebab panas terik sangat......
apapun, terimakasih kepada kawan-kawan kerana memberi sokongan moral....

Sunday, April 11, 2010

final exam...

satu minggu lagi final exam...nota aku tak cukup, banyak yang tak lengkap...dan banyak lecture yg aku tak faham...sem ni aku teruk sangat, hilang konsentrasi...mujur jugak midterm ok. Minggu depan pulak berderet exam 4 hari, kemudian hujung minggu pun ada exam... lepas tu lega la sikit sebab 27hb nanti barulah sabjek paling tak faham, GIS dan remote sensing. Sem ni sabjek yg aku paling minat hanya bio-D dan timber trade. ^ sabjek lagi tu terpaksa terima aje la....tensionnya...

Saturday, April 10, 2010

Gambar2 di Pulau Tiga





8/4 - jam 6.30 pagi menunggu bas di SPTA. tapi hampir jam 9 baru la bertolak. Singgah makan di Membakut, restoran pelangi. Lepas tu hampir jam 12.45 bertolak ke jeti Kuala Penyu. Menaiki bot hampir sejam lebih ke Pulau Tiga. Memang cantik pulau Tiga, pulau yang terbentuk pada tahun 1897 akibat letusan gunung berapi di Mindanao (entah betul ke tidak)...siap mendirikan khemah, kumpulan kami hanya makan bubur malam tu...rupanya, beras yang dibawa tak sampai pun 5 kg untuk 4 hari 3 malam!! Entah macamana nak menampung perut 9 orang, yang kuat makan semuanya!...
9/4 - kami berjalan kaki sejauh lebihkurang 1.2km mennuju ke mud volcano yang terletak di tengah pulau. Sepanjang perjalanan, mencatit pokok dominan di sana - Ranggu, dan mengambil bacaan diameter pokok - untuk menentusahkan teori yang diusulkan oleh Nuar - diameter pokok boleh menentukan bila kawasan terbentuk...kemudian berjalan lagi sejauh 1.3km menuju ke pantai Pagong-Pagong. Sampai di pantai, kami berehat setengah jam. Pantai tu memang cantik, airnya sangat jernih, boleh nampak pasir di bawah air.....lepas tu kami pun mula buat amali bio-D, bertujuan untuk buat profil tumbuhan tepi pantai...kebanyakan spesies tumbuhan yang mendominasi tepi pantai ialah pandanacea, bintangor laut dan terminalia catapa....selesai amali, kami pulang ke base camp. student yang lain singgah untuk mandi lumpur..tapi aku terus balik ke base camp, sebab nak mandi laut...seronoknya mandi laut, dah lama sebenarnya aku tak mandi laut...walaupun tak pandai berenang, tapi aku puas hati, boleh merasa tenggelam timbul dalam laut! hampir 3 jam jugak aku mandi! sebelah malam pula presentation issue bioD. Kumpulanku memilih tajuk Kesan "Pemanasan global kepada wanita" - aku, grace dan shanzes yang present. lega dapat jawab semua soalan.
10/4 - aku terpaksa balik ke kampus kerana perlu mengikuti karnival kokum. Jam 11 pagi aku, nel dan tomoi bertolak dari pulau tiga mengikuti bot taman2 sabah bersama tiga lagi penumpang menuju ke jeti kuala penyu. Dari kuala penyu kami naik bas mini hampir setengah jam menuju ke pekan Beaufort. Dari pekan beaufort, kami menaiki teksi pula untuk balik ke kampus. Sepanjang perjalanan dua jam lebih tu aku tidur, penat sangat...

Wednesday, April 7, 2010

I m so lost...

Semester ni terlalu mencabar bagiku. Ia bermula dengan baik, aku mengikuti kelas seperti biasa...then suddenly something came up...it all change everything...one after another.....assignment berlambak, case study banyak, tapi buat last minute...hasilnya, bagus lagi kerja budak sekolah!.....amali tercicir...beberapa kuliah aku tak hadir... pada masa yang sama, kena tengok lagi persekolahan anak-anak, dan kena buat perancangan untuk masa depan anak, U mana anak nak masuk, course apa yang sesuai dan market available...............dan pada masa yang sama aku jugak kena fikirkan tentang projek tahun akhir aku.....final exam pula ada dua minggu lagi. Dua minggu rasanya tak cukup untuk aku mempersiapkan diri dengan 8 sabjek yang dipelajari selama 3 bulan ni...nota bertabur...i m so lost......

Tuesday, April 6, 2010

Thesis oo thesis...

Pening kepala aku memikirkan tajuk thesis yang sesuai aku buat. Banyak tajuk, banyak skop boleh dibuat tapi aku pulak tak minat...aku nak something yang boleh 'enhance my knowledge and skill' in forestry...tp kena pulak pegi field. Aku suka buat kajian lapangan, tapi masalah masuk hutan nanti sapa nak temankan aku...tak kan aku sorang2 masuk ke dalam hutan, memang tak keluar la aku...dah la penakut...aku nak buat thesis tentang biodiversity dn forest management...mungkin the edge effect on forest stand..tapi aku kena mengecam spesies pulak, part ni memang aku lemah...aduhaiii...

Monday, April 5, 2010

06.04.2010




gambar2 semasa program BNBTM - awana genting highland dan impiana KLCC

Sunday, April 4, 2010

Sabar itu separuh dari iman

Kata orang, sabar itu separuh dari iman...tapi kadangkala kesabaran itu terlalu menguji ketabahan hati...........tapi apa lagi yang dapat aku lakukan selain dari bersabar?....( bersabar menunggu kucing bertanduk!!)

Thursday, April 1, 2010

Pencarian Future Leader




26hb - 30hb Mac, 2010. Seramai 54 pelajar terbaik dari IPTA/IPTS seluruh Malaysia dikumpulkan dalam program yang dianjurkan oleh JASA. Pelajar2 ini dipilih melalui saringan interview yang diadakan pada awal bulan Mac selama 4 hari. Dan, aku salah seorang yang terpilih walaupun aku rasa aku belum layak digolongkan di dalam 54 pelajar terbaik tersebut. Mungkin rezeki, dan mungkin ada hikmah di sebaliknya. Program bermula seawal jam 6 pagi dan berakhir lewat malam. Adakalanya program berlarutan hingga jam 1.30 pagi. Ini pertama kali aku tidur lewat!... sepanjang program, pelajar dinilai dari berbagai aspek oleh penilai yang tidak diketahui oleh pelajar. Kebanyakan sessi adalah sessi ceramah, dan selepas itu Q&A session dibuka. Aku hanya pemerhati, bukan malas untuk mengambil bahagian dalam sesi soal jawab, tapi aku teruja melihat student lain berapi-api melontarkan pertanyaan. Di dalam diam, aku memerhati personaliti mereka seorang demi seorang.

Farhan- sememangnya layak untuk dinobatkan sebagai seorang pelajar terbaik di kalangan yang terbaik...sikap peramah, yakin diri, petah berhujah dan kepintaran menguasai soalan yang diajukan sememangnnya melayakkan dia menggondol hadiah RM80000. Tahniah Farhan, bukan sahaja bijak tetapi tahu membawa diri dan menghormati orang lain.

Jared - pelajar UTP, seorang yang peramah, pandai bergaul dan bijak menyesuaikan diri dengan suasana. Dia juga antara pelajar pilihan.

Hazman, penghulu, seorang yang baik, menghormati orang lain dan mempunyai ciri kepimpinan yang menyerlah. Siva, siapa pun tidak menyangka pelajar UniKL ini seorang yang lucu dan pandai bergurau, tidak kira siapa teman di sekelilingnya. Pecah perut dengan gelagat dia ni.

Fahmi, pelajar UM. Seorang yang amat berhati-hati dalam melontarkan idea, merendah diri, ada gaya seorang ustaz..hehehe....

Umairah, pelajar USIM, kecik molek tapi bila berhujah, sangat meyakinkan!..

Sarah - sifat remajanya masih menyerlah tapi jika diasah, pelajar ini mempunyai potensi untuk menjadi yang terbaik.

Atikah - tidak banyak bercakap tapi bila melontarkan idea memang mengagumkan.

haris - pelajar Law, dari UKM - banyak bercakap...

Yusuf Hashim - pendiam, sukar untuk melihat dia ketawa, memiliki keterampilan yang lain dari pelajar yang lain, wajah sentiasa serius seolah-oleh menyimpan sesuatu di dalam dirinya ...

Walaupun penat dan kurang tidur, namun pengalaman yang aku lalui sepanjang program ini sangat berharga.....terimakasih semua!