
8/4 - jam 6.30 pagi menunggu bas di SPTA. tapi hampir jam 9 baru la bertolak. Singgah makan di Membakut, restoran pelangi. Lepas tu hampir jam 12.45 bertolak ke jeti Kuala Penyu. Menaiki bot hampir sejam lebih ke Pulau Tiga. Memang cantik pulau Tiga, pulau yang terbentuk pada tahun 1897 akibat letusan gunung berapi di Mindanao (entah betul ke tidak)...siap mendirikan khemah, kumpulan kami hanya makan bubur malam tu...rupanya, beras yang dibawa tak sampai pun 5 kg untuk 4 hari 3 malam!! Entah macamana nak menampung perut 9 orang, yang kuat makan semuanya!...
9/4 - kami berjalan kaki sejauh lebihkurang 1.2km mennuju ke mud volcano yang terletak di tengah pulau. Sepanjang perjalanan, mencatit pokok dominan di sana - Ranggu, dan mengambil bacaan diameter pokok - untuk menentusahkan teori yang diusulkan oleh Nuar - diameter pokok boleh menentukan bila kawasan terbentuk...kemudian berjalan lagi sejauh 1.3km menuju ke pantai Pagong-Pagong. Sampai di pantai, kami berehat setengah jam. Pantai tu memang cantik, airnya sangat jernih, boleh nampak pasir di bawah air.....lepas tu kami pun mula buat amali bio-D, bertujuan untuk buat profil tumbuhan tepi pantai...kebanyakan spesies tumbuhan yang mendominasi tepi pantai ialah pandanacea, bintangor laut dan terminalia catapa....selesai amali, kami pulang ke base camp. student yang lain singgah untuk mandi lumpur..tapi aku terus balik ke base camp, sebab nak mandi laut...seronoknya mandi laut, dah lama sebenarnya aku tak mandi laut...walaupun tak pandai berenang, tapi aku puas hati, boleh merasa tenggelam timbul dalam laut! hampir 3 jam jugak aku mandi! sebelah malam pula presentation issue bioD. Kumpulanku memilih tajuk Kesan "Pemanasan global kepada wanita" - aku, grace dan shanzes yang present. lega dapat jawab semua soalan.
10/4 - aku terpaksa balik ke kampus kerana perlu mengikuti karnival kokum. Jam 11 pagi aku, nel dan tomoi bertolak dari pulau tiga mengikuti bot taman2 sabah bersama tiga lagi penumpang menuju ke jeti kuala penyu. Dari kuala penyu kami naik bas mini hampir setengah jam menuju ke pekan Beaufort. Dari pekan beaufort, kami menaiki teksi pula untuk balik ke kampus. Sepanjang perjalanan dua jam lebih tu aku tidur, penat sangat...
No comments:
Post a Comment