Total Pageviews

Thursday, May 19, 2011

bual kosong...

akhirnya, berakhir juga kehidupan sebagai pelajar..."mahasitua" itulah gelaran yang glamor untuk pelajar terlebih umur macam aku..hehe...tapi aku bangga, walaupun pada usia begini, aku masih mampu memerah otak untuk belajar sama dengan bebudak yang hampir sebaya dengan anak aku, malah aku boleh lagi dapat keputusan cemerlang tiap kali peperiksaan semester....Alhamdulillah, bukan nak berbangga, tapi kurnia Tuhan, pointer ku tidak pernah turun dari dean list.....itulah semangat yang aku ingin tunjukkan kepada ketiga-tiga anakku. Aku sangat2 bersyukur, semua anakkku cemerlang dalam pelajaran. Alim sudah tamat matrikulasi, resultnya baru2 ni, dapat 4 flat. tapi bila kusuruh apply untuk jadi doktor, dia terus tarik muka 14! dia kata tak minat...aku suruh pula apply genetik and molecular biology ataupun biotech, tapi seperti biasa dia tidak mau terima pendapat aku ni. alahai, anak sekarang, memang memandai sendiri...aku bukan apa, aku takut dia ambik kursus yang telah berlambak graduannya di pasaran.....akhirnya nanti lugai2 di rumah tiada kerja lepas abis belajar...palis2X. aku mau anakku jadi insan yang berjaya di dalam masyarakat. Adik pula memang bersemangat selalu, dia kata nak pegi luar negara, nak jadi hematologist...mudah2an cita-citanya tercapai. baby kata dia nak jadi pakar forensic sains. Mudah2an la tercapai cita2nya...mudah2an aku diberikan umur panjang untuk dapat melihat anak2ku berjaya..

Wednesday, May 4, 2011

Tinggal beberapa hari lagi semester terakhir. Gembira dan lega rasanya, 3 tahun tidak terasa. Hanya tinggal satu paper lagi dan esok VIVA. Lepas tu merdeka.... masa cepat sangat berlalu. Anak-anakku sudah besar semuanya. Maknanya, tua la sudah aku ni. Ndak apa, alhamdulillah, aku diberkati untuk sampai ke usia ini. Sejak adik d mrsm, aku sudah beberapa kali menjenguknya. Walau penat naik bas 7 jam dari rumah tapi aku gembira dapat jenguk adik di asrama. Aku sedih dan kesian tengok adik tapi adik suka di sana, dia mahu belajar di luar negara lepas SPM nanti. Mudah2an Allah swt mengabulkan permintaan dan niat adik, dan dipermudahkan segala urusan adik. Bila adik mengadu dia kena buli di kelas, aku memang risau. Lebih2 lagi sekarang ni di paper macam2 berita keluar pasal buli. Aku cepat2 pg tengok adik d asrama. Walaupun sibuk dengan exam dan persiapan untuk viva, tapi aku pg juga jenguk adik. Mujur abang ipar ada kawan d sekolah tu yang boleh tengok2 kan adik. Alim pula sudah habis matrik, tinggal tunggu untuk masuk U. Aku bersyukur sangat2, Alim juga berubah, dari anak yang penting diri dan susah hendak diurus, sekarang sudah menampakkan kematangannya. Dia akan tolong aku bawa barang kalau pg shopping. Sudah ada sikap prihatin. Dan yang penting, rajin sembahyang dan rajin baca Quran. Alhamdulillah, sejuk hati aku. Aku selalu berdoa semoga sepanjang hayat mereka, anak-anakku akan sentiasa menjadi insan soleh. Alim sempat perkenalkan aku dengan girlfriendnya masa aku pg ambil dia di matrik. Baik budak tu, berbahasa dan ramah. Kalau itulah jodoh anakku, aku redha sebab aku hanya mengharapkan yang terbaik untuk anakku. Sepanjang aku berurusan menjenguk anak2, anak saudara la yang banyak membantu. Menghantar aku ke sana ke mari. Mudah2an Tuhan memurahkan rezeki mereka, dan memberkati hidup mereka selama-lamanya. Pertolongan mereka hanya Allah sahaja yang akan memberi balasan yang sebaiknya. Amin.