Total Pageviews
Friday, January 21, 2011
masa begitu cepat berlalu. Adik, kini sudah form 4. Baby masuk form 1. Alim pula matrik. Walau anak sudah besar2, aku masih lagi terasa anak2 ku masih tadika, masih baby...mungkin itu perasaan semua ibu. Kalau boleh, aku mau anakku lambat membesar, biar aku puas membelai mereka. Adik akan masuk mrsm awal februari ni. Berat sangat hatiku melepaskan adik tinggal di asrama. Apalagi adik anak yang 'fragile'. Terlalu sensitif, mudah tersinggung dan masih belum tahu mengendalikan emosinya. Aku takut sesuatu berlaku semasa di asrama. Aku risau adik akan tertekan dengan jadual belajar yang berbeza samasekali dengan di rumah. Tapi dari sudut yang lain, aku ingin adik belajar untuk menjadi matang. Dan ini merupakan peluang untuk adik mencapai cita-citanya. Adik terlalu bercita2 tinggi. Aku sendiri tidak menyangka adik boleh mendapat keputusan cemerlang seperti abangnya. Ini kerana adik tidak begitu menyerlah seperti abangnya. Tapi adik kuat berusaha. Dia rajin mengulangkaji pelajaran. Aku hanya mampu berdoa semoga adik akan sentiasa dilindungi Allah swt. Cuma, jauh di sudut hati aku terkilan sebab aku tidak menjaga mereka dengan baik semasa mereka masih kecil. Aku tasa aku kurang menghabiskan masa berkualiti dengan anak2ku. Sedih bila membayangkan nanti bila pulang rumah, aku hanya masak untuk baby....biasanya adik akan minta ini dan itu. Adik suka makan.
Subscribe to:
Posts (Atom)