


Terasa cepat masa berlalu. Hari ni satu assignment lagi nak hantar, assg bahasa arab. Semalam aku termimpi anak sulungku yang sedang mengikuti PLKN di Kem Jugra, Banting Selangor. Memandangkan tiba2 aja aku termimpikan Alim, sebaik terjaga aku menangis...aku risaukan alim. Masa dia nak pegi PLKN tu, dia memang tak sihat...dan Alim memang tak mahu pergi PLKN. Aku berdoa agar anakku sentiasa dilindungi Allah swt. Amin.
Teringat masa mengikuti program bicara negarawan bersama Tun Mahathir. Jumpa adik2 peserta yang lain, memang hebat2 diaorang semua. Aku rasa macam tak layak aja aku berada di sana, tapi mungkin rezeki menyebelahi aku dan ada hikmah yang tersembunyi untuk aku fikirkan kenapa aku terpilih. Mungkin aku ada sedikit kelebihan yang aku tak nampak, dan hanya orang lain saja yang nampak....hehehe..... Tapi apa pun, aku berterimakasih banyak2 kepada pihak JASA sebab memberi peluang ini kepadaku. Juga teman-teman adik2 yang baik hati...aku tak ingat pulak nama dia orang semua.




