Masa ni aku berada di Genting Highlands, sebagai salah seorang wakil universiti untuk mengikuti program bersama Yabhg Tun Mahathir. Untuk melalui program ni aku terpaksa melalui dua sesi interview. Entah kenapa aku terpilih,...oleh kerana telah dipertanggungjawabkan maka aku terpaksa ikut saja......
Sebenarnya jauh di sudut hati, aku lebih suka berada di rumah saat ini. Aku rindukan anak-anakku...sekarang ni lagi banyak sangat assignment yang perlu aku siapkan, dan aku telah terlepas dua amali dan beberapa kelas....risau dan kelam kabut aku sekarang ni. Di sini, aku ditempatkan di Awana resort. Roomateku seorang pelajar dari Unimas yang mengambil kursus Sains Sosial. Ada beberapa orang peserta lagi yang aku baru kenali. Tapi aku rindu classmates ku yang nakal-nakal dan 'kanak-kanak periang'....... tak sabar aku balik ke kampus......tak termasuk hari ini, ada 3 hari lagi aku terpaksa bersabar.....
Dalam keadaan macam ni, aku teringat kata-kata motivasi kawanku Nelly. Dia ni sebenarnya seorang kawan yang baik. Ketika aku berhadapan dengan masalah, dia sudi menjadi pendengar setia.....dan kata-katanya selalu memberi kekuatan semangat kepadaku...dalam hati aku bersyukur sebab ada kawan yang sebegini...aku berdoa, semoga Tuhan akan memberikan dia kehidupan yang lebih baik....amin.
No comments:
Post a Comment