MY SMALL WORLD
The Thought and memories.....
Total Pageviews
Tuesday, August 2, 2011
2.7.11
Hari kedua berpuasa. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt kerana aku berpeluang bertemu ramadhan tahun ini...tapi yang sedih tk dapat berpuasa dgn anak2 dan suami kerana terpaksa outstation..rindu sama anak2, kesian anak2 terpaksa berbuka sendirian di rumah. Tk lama lagi anakku yang sulung akan melanjutkan pelajaran ke UKM. Mudah2an Allah swt mempermudahkan segala urusan anakku nanti, dan memberikan kesihatan yang baik kepada anak2 ku, fizikal dan mental..amin. Mudah2an di bulan Ramadhan ini Tuhan memberi banyak berkat kepada keluargaku, Amin. Kepada anak2 ku, mudah2an kalian akan menjadi insan yang berguna, yang sentiasa taat kepada ajaran agama sepanjang hayat kalian..amin.
Thursday, July 21, 2011
22.07.2011
Hari ni hari terakhir aku Latihan industri di ofis...sebenarnya aku sudah pun report duty bertugas 1hb June lagi, jadi LI ni hanya sebagai syarat saja la......gembira juga dengan kerja baru ni...tiap minggu pg audit. Cuma sejak balik kerja ni, badan aku macam di pam2 naiknya.....mujur la dapat jugak aku berdiet sikit dan berjalan kaki setiap hari. Dalam 2 minggu ada la turun 2 kg......aku perlu turunkan 5 kg lagi untuk dapatkn berat badan ideal dan BMI yang selamat. Sekarang ni kira terlebih berat walaupun nampak macam tidak gemuk..sebenarnya ada satu perkara yang aku risau. Masalah denyutan jantung macam ada masalah ja. Dulu aku pernah kena ni, tapi sembuh begitu saja...sekarang ni macam datang balik pulak. Tdk tau pulak kalau ada aku salah makan ka...harap2 aku panjang umur untuk dapat melihat anak-anakku berjaya dan hidup selesa...
anak sulung ku akan masuk UKM nanti bulan september ni, science genetic. Tiket ke KL sudah aku beli, hotel pun sudah tempah...harap2 tiada masalah.....cuma aku berharap aku akan sihat sepanjang masa....amin.
anak sulung ku akan masuk UKM nanti bulan september ni, science genetic. Tiket ke KL sudah aku beli, hotel pun sudah tempah...harap2 tiada masalah.....cuma aku berharap aku akan sihat sepanjang masa....amin.
Thursday, May 19, 2011
bual kosong...
akhirnya, berakhir juga kehidupan sebagai pelajar..."mahasitua" itulah gelaran yang glamor untuk pelajar terlebih umur macam aku..hehe...tapi aku bangga, walaupun pada usia begini, aku masih mampu memerah otak untuk belajar sama dengan bebudak yang hampir sebaya dengan anak aku, malah aku boleh lagi dapat keputusan cemerlang tiap kali peperiksaan semester....Alhamdulillah, bukan nak berbangga, tapi kurnia Tuhan, pointer ku tidak pernah turun dari dean list.....itulah semangat yang aku ingin tunjukkan kepada ketiga-tiga anakku. Aku sangat2 bersyukur, semua anakkku cemerlang dalam pelajaran. Alim sudah tamat matrikulasi, resultnya baru2 ni, dapat 4 flat. tapi bila kusuruh apply untuk jadi doktor, dia terus tarik muka 14! dia kata tak minat...aku suruh pula apply genetik and molecular biology ataupun biotech, tapi seperti biasa dia tidak mau terima pendapat aku ni. alahai, anak sekarang, memang memandai sendiri...aku bukan apa, aku takut dia ambik kursus yang telah berlambak graduannya di pasaran.....akhirnya nanti lugai2 di rumah tiada kerja lepas abis belajar...palis2X. aku mau anakku jadi insan yang berjaya di dalam masyarakat. Adik pula memang bersemangat selalu, dia kata nak pegi luar negara, nak jadi hematologist...mudah2an cita-citanya tercapai. baby kata dia nak jadi pakar forensic sains. Mudah2an la tercapai cita2nya...mudah2an aku diberikan umur panjang untuk dapat melihat anak2ku berjaya..
Wednesday, May 4, 2011
Tinggal beberapa hari lagi semester terakhir. Gembira dan lega rasanya, 3 tahun tidak terasa. Hanya tinggal satu paper lagi dan esok VIVA. Lepas tu merdeka.... masa cepat sangat berlalu. Anak-anakku sudah besar semuanya. Maknanya, tua la sudah aku ni. Ndak apa, alhamdulillah, aku diberkati untuk sampai ke usia ini. Sejak adik d mrsm, aku sudah beberapa kali menjenguknya. Walau penat naik bas 7 jam dari rumah tapi aku gembira dapat jenguk adik di asrama. Aku sedih dan kesian tengok adik tapi adik suka di sana, dia mahu belajar di luar negara lepas SPM nanti. Mudah2an Allah swt mengabulkan permintaan dan niat adik, dan dipermudahkan segala urusan adik. Bila adik mengadu dia kena buli di kelas, aku memang risau. Lebih2 lagi sekarang ni di paper macam2 berita keluar pasal buli. Aku cepat2 pg tengok adik d asrama. Walaupun sibuk dengan exam dan persiapan untuk viva, tapi aku pg juga jenguk adik. Mujur abang ipar ada kawan d sekolah tu yang boleh tengok2 kan adik. Alim pula sudah habis matrik, tinggal tunggu untuk masuk U. Aku bersyukur sangat2, Alim juga berubah, dari anak yang penting diri dan susah hendak diurus, sekarang sudah menampakkan kematangannya. Dia akan tolong aku bawa barang kalau pg shopping. Sudah ada sikap prihatin. Dan yang penting, rajin sembahyang dan rajin baca Quran. Alhamdulillah, sejuk hati aku. Aku selalu berdoa semoga sepanjang hayat mereka, anak-anakku akan sentiasa menjadi insan soleh. Alim sempat perkenalkan aku dengan girlfriendnya masa aku pg ambil dia di matrik. Baik budak tu, berbahasa dan ramah. Kalau itulah jodoh anakku, aku redha sebab aku hanya mengharapkan yang terbaik untuk anakku. Sepanjang aku berurusan menjenguk anak2, anak saudara la yang banyak membantu. Menghantar aku ke sana ke mari. Mudah2an Tuhan memurahkan rezeki mereka, dan memberkati hidup mereka selama-lamanya. Pertolongan mereka hanya Allah sahaja yang akan memberi balasan yang sebaiknya. Amin.
Thursday, February 10, 2011
7hb feb adik mendaftar di mrsm. Adik gembira sangat sebab dapat masuk asrama. Aku pula yang risau kalau2 ada budak yang akan buli adik. Bila adik sudah masuk asrama, aku pula yang sedih, sebab adik sudah tidak bersama-samaku dan adik beradiknya lagi. Kini anak-anakku saling berjauhan antara satu sama lain. Walaupun sedih, tapi aku tahu ini untuk kebaikan mereka. Menuntut ilmu, memang perlu pengorbanan. Aku hanya berdoa semoga Allah sentiasa melindungi anak-anakku. Hujung bulan ni barulah aku dapat menjenguk adik. Nasib baik kelas 1 mac dibatalkan, jadi aku ada masa untuk ke tawau menjenguk anakku. Exam mid term pula pada 3 mac. Kesian adik, dua kali hujung minggu tiada yang melawatnya di asrama. Aku cuba berusaha untuk datang melawat adik. sekurang-kurangnya dia tau dirinya disayangi.
Friday, January 21, 2011
masa begitu cepat berlalu. Adik, kini sudah form 4. Baby masuk form 1. Alim pula matrik. Walau anak sudah besar2, aku masih lagi terasa anak2 ku masih tadika, masih baby...mungkin itu perasaan semua ibu. Kalau boleh, aku mau anakku lambat membesar, biar aku puas membelai mereka. Adik akan masuk mrsm awal februari ni. Berat sangat hatiku melepaskan adik tinggal di asrama. Apalagi adik anak yang 'fragile'. Terlalu sensitif, mudah tersinggung dan masih belum tahu mengendalikan emosinya. Aku takut sesuatu berlaku semasa di asrama. Aku risau adik akan tertekan dengan jadual belajar yang berbeza samasekali dengan di rumah. Tapi dari sudut yang lain, aku ingin adik belajar untuk menjadi matang. Dan ini merupakan peluang untuk adik mencapai cita-citanya. Adik terlalu bercita2 tinggi. Aku sendiri tidak menyangka adik boleh mendapat keputusan cemerlang seperti abangnya. Ini kerana adik tidak begitu menyerlah seperti abangnya. Tapi adik kuat berusaha. Dia rajin mengulangkaji pelajaran. Aku hanya mampu berdoa semoga adik akan sentiasa dilindungi Allah swt. Cuma, jauh di sudut hati aku terkilan sebab aku tidak menjaga mereka dengan baik semasa mereka masih kecil. Aku tasa aku kurang menghabiskan masa berkualiti dengan anak2ku. Sedih bila membayangkan nanti bila pulang rumah, aku hanya masak untuk baby....biasanya adik akan minta ini dan itu. Adik suka makan.
Monday, December 27, 2010
Syukur alhamdulillah
Syukur alhamdulillah, akhirnya result sem 5 dapat jugak malam ni. Walaupun result turun, tp cgpa masih maintain first class degree. Kejayaanku sebenarnya banyak bergantung kepada tenaga pengajar, kawan-kawan, sokongan moral keluarga, dan sudah tentu pertolongan Allah swt. Aku sangat2 bersyukur dan berterimakasih. Sabjek finance dan akaun, yang tidak pernah terlintas di otak ku untuk lulus, dapat jugak lulus walaupun setakat B+ saja. Tapi, bagi aku yang sudah berkarat otak ni, B+ bagi sabjek finance dan akaun tu cukup memadai...malah lebih dari cukup sbb bukan mudah untuk aku menghafal formula yang berhelai2 mukasurat dan berjela2 panjang...! Apapun, aku rasa sem ni walaupun result turun, tapi kegembiraan ku tetap ada sbb dapat melepasi cabaran sabjek minor tu.....semoga sem depan aku dapat 4flat!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)