Total Pageviews

Tuesday, March 31, 2009

Baby sakit lagi

Isnin pagi aku terima panggilan telefon dari suami, baby sesak nafas...aku bergegas pulang menaiki bas yang bertolak jam 7 pagi. Nak naik flight memang tak sempat dan kemungkinan sit dah penuh untuk hari ni. 6 jam perjalanan rasa lambat sangat..dalam hati aku berdoa agar baby cepat sembuh. Tiba di rumah, aku lihat keadaan baby baik juga cuma bibirnya agak kehitaman. Baby sudah lama mengidap penyakit athma tapi tak pernah pula baby kena attack sejak 5 tahun ni. Petang lebihkurang jam 2 baby mengadu sesak nafas lagi...bibirnya pucat kehitaman dan dia bernafas macam orang berlari, laju sangat...aku dan suami risau tengok keadaan baby. Aku cuba bagi baby inhaler...beberapa minit kemudian keadaan baby kembali stabil. Tapi lebihkurang jam 7 malam, baby sakit lagi..dia tak dapat tidur, sesak nafas katanya. Aku dan suami bergegas bawa baby ke hospital untuk rawatan... syukurlah, baby kembali stabil. Pulang ke rumah dah jam 10 malam, aku tidur sebab penat sangat sementara suamiku jaga baby sepanjang malam...keesokannya baby dah sembuh...aku pulang ke kampus dengan berat hati. Terpaksa pulang jugak sebab hari rabu ni aku ada oral bahasa Arab, aku belum ada persiapan apa-apa lagi. Mudah-mudahan baby akan sihat selalu..amin.

Tuesday, March 10, 2009

Synusiae


Synusiae adalah merujuk kepada keperluan dan habit yang sama bagi tumbuhan yang berbeda dari segi taxonomi. Contoh yang paling mudah untuk menerangkan synusiae ialah epifit. Epifit terdiri daripada pelbagai spesies tumbuhan dari famili yang berbeza, contohnya orkid (orchidaceae), pepakis (Pteridophytes), Aroids (Araceae) dan Bromeliads (Bromeliaceae - hanya terdapat di Afrika Selatan) dan juga Bryophytes.
Gambar epifit ni diambil di Taman Kinabalu.

Wednesday, March 4, 2009

Field trip ke Kinabalu Park







Lawatan ke Taman Kinabalu...pertama kali aku menjejak kaki ke kaki gunung. Selama hidup aku ni memang tak berniat pun untuk mendaki gunung. Bukan apa, aku sedar juga kelemahan diri, takut nanti belum pun apa-apa aku sudah jatuh pengsan!....tapi alhamdulillah, dapat juga aku mendaki walau hanya ke pondok Kandis sahaja sejauh 1 km dari gate pendakian. lawatan ni wajib bagi memenuhi keperluan kursus Biologi dan Ekologi Hutan Tropika, yang akan memberikan 25% markah keseluruhan kursus. So, 25% punya hal, walau bersakit-sakit pun, tetap pegi jugak!
Bermula di pondok Timpohon, kami berjalan sambil memerhati keadaan hutan sekeliling. Sekali-sekala dapat jugak ambik gambar pokok-pokok di sekeliling tetapi disebabkan hujan turun dengan lebat, tak boleh nak ambik gambar byk2.

Kebanyakan pokok pada altitude yang lebih tinggi adalah lebih kecil, berdaun kecil dan agak tebal. Pertumbuhan pokok-pokok macam dwarf (kerdil). Pokok yang besar pula kebanyakannya mempunyai stilt root dan spreading butresses. Ini adalah untuk sokongan kepada pokok yang tumbuh di lereng bukit. Dahan pula kelihatan membengkok disebabkan tiupan angin yang kuat pada ketinggian ini.

Terdapat banyak epifit, brophyte serta lianas, satu pemandangan yang tipikal bagi hutan tropika. Epifit tumbuh menumpang di atas-atas pokok kerana keperluannya untuk mendapatkan cahaya. Lianas pula tumbuhan berkayu yang bergantung secara mekanikal dengan pepokok untuk pertumbuhannya. Moses, lichen serta pterodyphytes terdapat dengan banyak pada lantai hutan yang menerima kurang cahaya matahari kerana tumbuhan ini tidak memerlukan cahaya suria yang banyak. Herbs dan shrubs banyak terdapat pada understorey canopy. Sekali sekala kelihatan saprophytes pada batang pokok yang telah tumbang. Saprophytes - hidup bahagia di atas kehancuran, itu definisi yang sesuai untuk diberikan oleh Dr patologi hutan kepada organisma ini. Pada kawasan yang agak terbuka, kelihatan spesies macaranga (Uphorbiaceae) tumbuh meliar.

Lawatan petang itu berakhir di pondok Kandis. Sambil duduk berehat, aku dan Nel cuba merakam gambar2 di sekeliling yang mungkin boleh diselitkan dalam presentatioan nanti. Setelah berehat seketika, kami mula mengatur langkah turun ke pondok pendakian....rupanya turun lebih sukar mendaki! Lenguh dan rasa nak tercabut kaki aku! Rasa macam tak boleh jalan lagi.....hingga hari ni pun kaki aku masih sakit lagi. Lain kali kena jogging dulu banyak kali, baru la pegi mendaki!


p/s : terimakasih kepada along dan ajk makanan yang bersusah payah bantu akak dalam field trip ni ya....kesian ajk makanan ade yg tk dapat makan....

Pada setiap keluhan pasti ada yang dapat disyukuri..


Pada setiap keluhan pasti ada yang dapat disyukuri. Ini kata-kata hikmah dari seorang kawan. Setiap hari ada saja keluhan yang keluar dari mulut kita, manifestasi dari ketidakpuasan hati atas apa yang kita lalui dan miliki. Tanpa disedari, sebenarnya banyak yang perlu disyukuri dalam hidup ini...pastinya tidak ada satu pun yang tidak bernilai......
....minggu ni tension banyak sebab benda yang nak kena buat. Assignment berlambak nak kena hantar, lab report, mid term exam lagi...masa ni la terasa menyesal belajar balik...tapi apa nak buat, kena lalui juga, masa tak boleh diundur...tapi aku bersyukur kerana walaupun segalanya sukar dan rasa-rasanya tak dapat dilalui, tapi aku masih juga bernafas hingga ke hari ini....