Akhirnya, semester 5 berlalu jugak. Lega rasanya, dengan "kesengsaraan" projek 1, dan kepayahan sabjek finance serta akaun, akhirnya dapat jugak aku lalui sem 5. Tapi result sem ni sudah pasti menjunam! ni semua gara2 akaun dan finance. Sebenarnya salah aku sendiri, kalau aku study dari awal tentu tidak berapa susah untuk aku jawab soalan exam tu. Tapi banyak masa dihabiskan dengan menyiapkan projek 1. Kena lagi supervisor yang mau buat macam2..menambahkan stress aku!...finance pula memang susah..kadang soalan pun susah mau paham. Biasalah, bahasa ekonmi...sukar untuk difahami walaupun kekadang tu hanya menerangkan perkara rutin harian tetapi apabila menggunakan bahasa akademik, memang sukar untuk difahami. Banyak event menarik semester ni sebenarnya...antaranya lawatan ke Danum Valley dan deramakot. Banyak ilmu baru yang dipelajari. Dan yang paling best, dapat lihat haiwan liar - pelanduk, porcupine..malang sekali gajah tidak pula dapat tengok!
Hari ni, sehari selepas exam paper terakhir, aku demam la pulak. Selesma. Tapi harap2 dapat sembuh segera supaya aku boleh memulakan kerja pengambilan data. Tidak sabar rasanya mau pulang rumah, jumpa anak2..masak untuk anak2. Rindukan dapurku yang cantik dan lengkap dengan peralatan memasak. Dan yang paling best, kuali korean non stick hadiah kawanku nelly, - tak sabar untuk memasak!