Total Pageviews
Friday, March 19, 2010
semester paling sibuk..
sudah setahun aku tidak menulis dalam blog ni...password pun lupa sudah...semester ni merupakan semester paling sibuk yang pernah aku lalui. Kelas dari Isnin hingga Sabtu. Hanya ahad free... banyak field trip pula, bermula dengan camping di Hutan sugud, 2 hari 3 malam, memang memenatkan...lepas tu mengikuti program anjuran Jasa, Kementerian Penerangan Malaysia di KL pada 6hb, lepas tu field trip lagi hari ni ke Air Panas Poring selama 3 hari 2 malam. Assignment pulak bertimbun, masalah lagi bertimpa-timpa...kesibukan, kesempitan masa, masalah peribadi, memang menguji kesabaran dan kestabilan mental...assignment, case study, field trip report, semua perlu disiapkan dan dihantar pada 31hb mac ni. Di tengah-tengah kesibukan tu, kuiz dan mid term lagi mencelah...mana nak belajar, mana nak siapkan assignment, mana nak ke field trip lagi.....pada masa yang sama, anak2 di rumah perlu dijenguk, pelajaran dan pergaulan anak2 perlu dipantau, tanggungjawab rumahtangga lagi....semuanya menuntut aku untuk menjadi SUPERMOM....penaatttt
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment