Total Pageviews
Sunday, April 25, 2010
26.04.2010
Ada 3 paper lagi untuk final exam ni. GIS&Remote Sensing, Bahasa Arab dan Asas Pemasaran. Antara semua ni, GIS& Remote Sensing la yg paling sukar utk difahami. Bahasa teknikal dan byk formula, semuanya buat otak berasap...Semester ni memang serba tak betul aku. Aku kena score final exam paper GIS ni sbb satu amali aku tak hadir, jadi markah awal2 dah kena tolak 10%. Lab report yg lain tu belum tentu lagi dapat full mark. Projek assignment pun belum tentu dapat A. Apa la mau jadi sama aku sem ni..semua kerja last minit... setakat ni 5 sabjek yg berlalu, aku tak puas hati, lebih2 lagi sabjek bioD. Sabjek ni sepatutnya aku boleh score sebab aku minat dengan bioD. Tapi kenapa la masa final exam hari tu aku tersalah ambik data, formula sudah betul semua tapi data yg salah, hilang la 20 markah! Timber trade boleh la jugak tapi memang mengarut punya jawapan. Market segmentation utk kerusi kayu keras dengan berat 100 & 190kg!..3 soalan tu boleh la jawap tapi yg akhir ni susah mau diramal. Pelancongan dan Forest engineering, rasanya boleh score...tapi tawakal aja la. Ujian kokum, rasanya boleh la tapi kurang penyertaan dalam aktiviti pula, tentu en. Zaimi akan tolak markah. Bukan sengaja tidak datang tapi ada-ada aja field trip..field trip pula ada markah, tdk datang kena potong markah..bukan boleh bagi dua badan aku ni. Besok exam lagi..lepas tu aku akan pulang sekejap, nanti baru datang balik untuk 2 paper lagi. Semester ni aku harap pointer aku tak la jatuh teruk sangat...kalau masih lagi dalam first class, memang bersyukur sangat la aku...tapi entah la...mid term exam memang la score tapi itu cover 25-30% aja. Selebihnya final, assignment dan lab... harap2 paling teruk pun aku dapat B+ atau A-. Itu la harapan aku.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment