Hari ni aku terpaksa mengikuti ujian fizikal yang diwajibkan ke atas semua pelajar yang akan mengikuti kem hutan. Antara ujian yang perlu dilepasi ialah berlari sebanyak 6 pusingan padang, sit up dan push up dalam tempoh 2 minit. Aku memang risaukan ujian ni sebab aku tau aku tak fit...biasalah umur dan mencapai 40, mana kuat lagi...dan alhamdulillah, aku bukanlah yang tercorot semasa ujian tersebut. Dan aku mampu mencatat masa 16.25 minit untuk menghabiskan 6 pusingan padang di bawah panas terik.. walau pun sebenarya aku bukan berlari sepenuhnya. Strategiku adalah menghabiskan satu pusingan padang pada round yg pertama, selepas itu, aku akan berlari 100 m dan berjalan laju 100 m hinggalah 6 pusingan terpenuhi. Dengan cara tu, aku dapat bertahan lebih lama berbanding dengan berlari sepanjang masa. Nampaknya strategiku berkesan kerana masa yg aku catatkan masih dalam range yang ditetapkan...selepas itu ujian push up dan sit up. Benda ni memang aku tak suka buat, tapi dengan teknik yang tertentu aku mampu melepasinya...aku sangat2 bersyukur....sangkaku, aku akan pengsan di tengah padang sebab panas terik sangat......
apapun, terimakasih kepada kawan-kawan kerana memberi sokongan moral....
No comments:
Post a Comment